Thursday, January 31, 2008

kemaafan itu dendam yg terindah~

aku rasa sudah terlalu lama rasanya aku tidak bermadah...dalam erti kata lain, tidak meluahkan kata-kata hati yang nun jauh di dalam sana. kadang kadang, aku rasa tidak perlu untuk aku luahkan semua itu lagi...rasa sakit, rasa benci, rasa ingin memberontak...namun aku mulai sedar yang aku bukanlah seorang yang mudah untuk memberi kemaafan...terlalu banyak luka yang dia tusukkan di hati, terlalu bisa racun jelatang yang menghantui pejalanan aku selama ini....mungkin aku memang tidak dilahirkan dengan nilai kemaafan yang cukup untuk semua insan....jika hati baikku ingin berbicara..mungkin ini yang akan diluahkan....


"Maaf…..jika kau kira kemaafan itu senang diterima setelah membunuh dan memusnahkan satu jiwa, maka tiada lagi harga bagi sebuah MAAF. Ia akan jadi mainan mulut sesetengah manusia yang berhati di mulut dan yang bertulangkan lidah. Besar ganjaranmu kerana melafazkan MAAF mu, tapi apakah sebesar dan sehebat ganjaran orang yang memberikan kemaafan itu kepada mu? Kerana dari kemaafan itulah kehidupan mu seterusnya, seandainya masih TIADA MAAF bagimu, maka perhitungan antara kamu dan aku masih belum selesai. Sesungguhnya KEMAAFAN itu adalah DENDAM YANG TERINDAH. ( sesungguhnya dosa dan kesilapan kita kepada-NYA pasti akan terampun dengan taubat kerana sifat Penyayang dan Pemaaf-NYA, tetapi kesilapan dan aniaya kita sesama manusia, hanya kemaafan yang akan jadi pengukur kesenangan dan kebahagiaan kita di dunia dan di ‘sana’ kelak. Andai benar KEMAAFAN itu DENDAM YANG TERINDAH,” maka aku Maafkan kamu….InsyaALLAH…."

Quotes of the day : "No man or woman is worth your tears, and the one who is, won't makeyou cry"

0 ehek!: