Friday, February 1, 2008

aku mula berbicara lagi~

Pernahkah kamu merasai rasa sayang? Kasih? Rindu? Kita beruntung sebab hidup kita dikelilingi oleh orang-orang yang penuh dengan perasaan kasih sayang. Manusia diciptakan dengan perasaan yang cukup indah untuk mereka hayati. Tapi tidak semua manusia tahu menilai setiap rasa perasaan itu. Bagi aku perasaan itu semua mungkin akan membunuh suatu hari nanti. Tapi bila aku kenal seorang insan ini, aku mula kenal erti sebenar kasih sayang dan rindu. Pada mulanya aku takut dengan perasaan ini. Aku sedar di mana aku berpijak. Aku sedar di mana aku bertapak. Cinta itu buta? Benar kah? Atau manusia itu yang buta untuk melihat cinta? Manusia bernyawa, dia lebih tahu untuk menilai suatu rasa. Tapi cinta itu suatu rasa, cinta itu juga dijadikan nyawa kepada manusia. Cinta bukan hanya kepada manusia, cinta kepada pencipta, cinta kepada makhluk lain. Cukup waraskah manusia untuk menilai sehalus-halus perasaan itu?

Dulu aku benci perasaan rindu. Bagi ku rindu itu bodoh! Seperti orang gila. Tapi perasaan itu tetap hadir. Kadang kala kita mendambakan sesuatu yang tidak mungkin akan berlaku dalam hidup. Merindui sesuatu yang belum pasti. Merindui seseorang yang mungkin tidak pernah merindui kita. Tapi perasaan itulah yang membuatkan kita mampu untuk terus tersenyum pada hari itu. Manis sungguh untuk dikenang. Kenapa tidak ia kekal dalam hati ini?

Cinta? Satu rasa yang sungguh unik. Ianya akan lebih hebat jika cinta itu datang kepada kita. Dirasakan dunia ini hanya milik kita. Yang pasti kita akan tahu esok kita pasti akan tersenyum lagi. Perasaan yang satu ini terlalu luas untuk aku ungkapkan. Bercintakah aku selama ini? Setiap insan ada hak untuk bercinta dan dicintai. Aku kagum dengan kuasa perasaan ini. Ia menjadikan aku lebih berani dari dulu. aku tahu aku pernah menyintai dia. Mungkin dia juga pernah menyintai aku suatu ketika dulu. mungkin juga benar ungkapan ‘ manusia tidak pernah puas’. Siapa aku untuk menghalang cinta itu pergi? Siapa aku untuk membunuh perasaan cinta dalam hati orang lain? tapi pernahkah mereka terfikir, siapa mereka untuk merampas cinta aku? Siapa mereka untuk membunuh cinta dalam diri aku? Siapa mereka untuk merampas senyuman diwajah aku?

Terlalu kejam rasanya diri aku bila aku dikatakan hilang akal. Ya, mungkin aku gila, mungkin aku hilang akal, mungkin juga aku tidak siuman. Kerana aku terlalu bodoh untuk tidak melihat semua itu. Naifnya aku, hidup dalam dusta tanpa aku sedari. Membuang rasa cinta ini kepada orang yang tidak pernah menghargai. Atau aku yang tidak menghargainya selama ini? Atau aku tidak layak untuk merasai kasih sayang seperti orang lain?

Kejam kah aku selama ini? Sehingga balasan yang sebegini rupa di hadiahkan untuk aku. Jangan salahkan aku jika aku ingin menangis. Jangan aku dimarah jika aku ingin meluah. Kerana aku memberontak. Jiwa aku bergolak. Penuh persoalan. Kenapa aku dilayan begini? Tidak layak kah aku untuk merasai kasih sayang seperti orang lain. Mungkin dia tak nampak yang aku menyayangi dia. Mungkin dia tidak tahu bahawa aku lah orang yang paling sayangkan dia. Mungkin dia hanya nampak yang jauh, tidak nampak yang dihadapan matanya.

Kenapa hati ini terasa sakit? Sedangkan ia tidak zahir. Betapa kuatnya kuasa perasaan cinta. Sakitnya lebih dari disiat-siat. Lebih sakit. Terlalu sakit. Kejamkah aku bila aku meminta agar mereka yang menyakiti aku pun turut merasai sakitnya? Pernahkah mereka terfikir apa yang aku rasa? Pernahkah mereka ambil tahu apa yang aku hadapi? Apa yang aku alami? Terlalu sakit untuk aku kenang. Bukan aku bodoh untuk tidak melupakan semua itu, tapi perkara itu amat dalam kesannya dalam hidup aku. Tiada siapa yang faham. Mungkin aku pernah menyakiti orang, mungkin aku pernah mengecewakan orang, sebab itu hukuman ini dijatuhkan ke atas aku. Ketawa lah…bergembiralah wahai kamu…kamu menang kerana telah berjaya membuatkan aku menangis lagi dan lagi.

Bukan sikit kekuatan yang aku perlukan untuk melupakan semua ini. Bukan mudah untuk aku lalui hari-hari selepas hari ini. Terlalu banyak lakonan yang perlu aku lakukan, terlalu banyak yang aku simpan. Ingin aku kongsi, namun tiada siapa mengerti. Saat ini aku mula menyedari, betapa sunyinya hidup aku. Manusia mudah lupa. Aku mudah lupa. Bila di dalam kesusahan, barulah mencari arah untuk mengadu. Barulah teringat untuk tunduk menyembah Pencipta. Waktu itu aku sedar, hanya satu cinta abadi..cinta kepada Nya…

Manusia…manusia….alpa

Aku diciptakan berbeza dengan dia. Dunia kami berbeza. Tapi kami boleh berkongsi suka dan duka. Dulu kami bahagia, tiap hari yang dilalui terlalu manis untuk kami kenang. Aku pasti akan tersenyum sendiri bila mengingatkan semua itu. Dia sebaik dan setenang wajahnya. Terlalu baik untuk semua yang telah berlaku. Kalau aku ceritakan kembali saat kami berpusing satu taman untuk mengejar si penjual ais krim, pasti dia akan tersenyum. Semua itu dulu. Kalau lah aku boleh putarkan balik waktu itu, ingin aku katakan kepadanya…..
‘aku sayang kamu sangat-sangat’. Kerna ketika itu bukan mudah untuk aku menyatakan sayang kerana aku tidak yakin dengan hati ini.

Tapi kini aku yakin aku terlalu sayangkan dia. Cuma waktu telah merubah segalanya. Setiap manusia pasti akan berubah. Dia berubah, aku berubah, kamu, kamu dan kamu pasti akan berubah. Tiada siapa yang akan kekal begitu selamanya. Aku berubah menjadi seorang pencinta yang setia selepas aku kenal dia. Aku berubah menjadi seorang yang bertanggungjawab kerana dia, aku berubah menjadi insan yang lebih kuat kerana dia. Kerana dia tahu hati ku tabah, dia sampai hati menyakiti hati ku….

Begitu banyak jasanya kepada aku. Begitu banyak kenangannya kami bersama. Kau? Kau? Kau tahu? Hanya aku yang tahu kerana aku tahu dulu dia turut sayangkan aku. Tidak terdetik di hati ini untuk mengkhianati hubungan ini. Walau sebesar zarah sekalipun. Memang aku mudah untuk menangis, tapi sekarang aku tak tahu, bila waktu aku seharusnya menangis. Bila aku ditipu lagi, aku sudah tidak mampu untuk menangis. Bila aku perlukan masa untuk diri sendiri, semua kenangan datang kembali. Merosakkan waktu aku untuk bersama diriku sendiri. Membunuh rasa untuk melupakan semua nya. Jiwa aku semakin jahat untuk membenci. Walau sekuat mana aku menolak perasaan itu, ia tetap ingin menghuni jiwa aku. Bila perasaan itu akan mati? Adakah aku perlu menanti putusnya hembusan nafasku?

Mungkin sudah sampai masanya untuk aku mengundur diri. Benar katanya, kami tidak akan dapat meneruskan hubungan ini jika tiada kepercayaan lagi. Silap aku kerana aku tidak berjaya untuk mengembalikan kepercayaan yang telah hilang itu. Silap aku kerana terlalu mempercayai hubungan yang aku rasakan sungguh manis sepanjang hidup aku. Silap aku….silap aku…kejamlah aku jika aku menyalahkan dia. Dia terlalu baik untuk disalahkan. Aku tahu dia bosan dengan aku. Cuma dia tidak faham apa yang aku hadapi. Kenapa aku kerap mempertikaikan apa yang telah berlaku. Kerna dia tidak faham dan tidak pernah akan faham……biarlah hanya aku yang tahu. Hadiah untuk meraikan hubungan yang baru berusia empat tahun ini aku akan kenang sampai bila-bila.

Mungkin aku tidak boleh melihat dia bahagia dengan orang lain. Biarlah aku tidak dapat melihat. Aku bukannya seorang yang cukup baik untuk melihat semua itu. mungkin satu hari nanti aku akan bahagia kerana orang yang aku sayangi sepenuh hidup aku turut berbahagia. Walaupun bukan di samping aku. Dia bukan lagi yang pernah menyayangi aku dahulu. Dia bukan lagi yang sering merindui aku dahulu. Dia bukan lagi seri yang sanggup mewarnai hidup aku dahulu….dia adalah dia yang kini. Aku percaya, orang yang akan mendampingi dia pasti akan bahagia. Kerana dialah insan paling istimewa yang pernah aku kenal. Dia insan yang pernah aku letak paling tinggi di hati aku…..aku yakin dia akan bahagia. Kerna aku kenal hatinya….

Kini aku sudah terbiasa bila hari-hari tiada berteman. Bila waktu makan ku tiada lagi yang perduli. Bila segalanya perlu ku lalui sendiri. Mungkin aku perlu belajar untuk menghargai insan-insan yang pernah hadir dalam hidup aku. Mungkin aku tidak perlu menghadapi semua ini sendiri. Ya, mungkin aku akan menangis….menangis…kerana aku tahu aku akan merindui dia….kerana aku sudah terbiasa dengannya. Aku perlukan masa untuk membiasakan diri ku….membiasakan diriku tanpa dia menemani hari-hari ku selepas ini….

Hanya satu yang aku harapkan dari dia. Aku ingin tahu apa sebenarnya yang ada di dalam hatinya. Aku ingin tahu perasaannya terhadap aku selama ini. Kenapa dia hanya mendiamkan diri. Benci kah? Marah kah? Dendam kah? Aku bingung….mungkin sudah tiada benda yang perlu dia kongsi bersama ku lagi….mungkin sudah tiada apa lagi untuk aku di hatinya…..sad but true~

180907TEU1334


Rasa sayang itu tidak pernah pudar….bunuh lah perasaan itu jika itu yang kamu mahu. Jangan benci aku kerana aku menyayangi kamu. Ketahui lah…kamu adalah sebaik-baik teman yang aku pernah ada~ aku bahagia bersama kamu…..

0 ehek!: