Seorang sahabat pernah bertanya kepada aku, ‘percayakah dengan ungkapan love without reason, last longer? Perlukah kita miliki alasan untuk menyintai seseorang? Jika hari ini aku berkata aku tidak ingin jatuh cinta lagi, siapa tahu esok aku akan bertemu dengan teman sebenar-benarnya…jika hari ini aku katakan aku akan terus terluka sampai bila-bila, siapa tahu esok adalah hari paling gembira dalam hidup aku…siapa tahu? Aku tidak perlu alasan dan sebab untuk menyintai dia kerana aku tahu tiada jawapan untuk itu. kenapa perlu ada perasaan sayang? Satu perasaan halus yang sukar untuk dimengertikan. Cintaku kepada kau seluas lautan di dunia ini…benarkah seluas itu? sayangnya aku kepada kau melebihi segala-galanya di muka bumi ini…benarkah sampai begitu? Kenapa? Jangan tanya soalan kenapa…kerana sesuatu yang indah itu tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata…hanya hati yang merasa. Tapi bila benci datang, kasih beralih arah…apa alasannya? Kau sudah tidak seperti dulu…aku kenal kau...kau sudah berubah…kita tidak ditakdirkan untuk bersama…dunia kita berbeza…kau bukan untukku...sejuta alasan diberikan…alahai…
Bukan mudah untuk percaya dan dipercayai. Tapi bila rasa itu dikhianati, apa lagi yang tinggal untuk dijadikan batas rasa? Yang tinggal mungkin hanya rasa kasihan…simpati. Pergi lah, aku tidak perlu semua itu. Jika semua ini berlaku kerana aku tidak punyai sebab munasabah untuk menyayangi engkau, pergi lah…kerana aku pasti sampai bila pun aku tak punya jawapan untuk itu…kerana aku sendiri masih tertanya-tanya, kenapa rasa itu masih ada di hati ini. Ku cuba lari sejauh mungkin dari semua ini, namun langkahku dipersendakan…perasaanku dipermainkan. Tegar hati ini menerima segalanya. Puas dibujuk agar tidak rebah lagi. Namun aku sudah tidak sekuat dulu yang mampu menerima segala-galanya antara terpaksa dan redha.
Kau dulu yang ku impikan, kini menjauh. Mungkin hati kau juga cuba menolak aku jauh dari hati kau. Aduhai hati…lepaskan dia. Relakan dia pergi…mungkin dia akan lebih bahagia di luar sana. Kepada insan-insan yang pernah berbahagia diatas penderitaan orang lain beringatlah, hidup ni bagaikan putaran roda. Kini kau riak megah di atas, mencanangkan kejayaan yang kau kecapi…ketawalah selagi kau masih mampu, satu hari nanti kau akan sedar…langit tidak akan selalunya cerah…
Aku sudah tidak ingin disakiti dan menyakiti…itu bukan aku…kepada yang pernah mengkhianati, janganlah bermimpi untuk dipercayai, kerana rasa itu sudah mati…
Saturday, January 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





0 ehek!:
Post a Comment