erm, ada satu kisah yang ingin aku kongsi....
Aku bermimpi malam semalam..”
“ Yang indah-indah?”
“ Tidak..gigi aku patah sebatang…dan bila aku pegang dan tatap gigi itu, hati aku meruntun sayu…sampaikan tegar mata pejamku mengalir air mata…”
“ Ah…lacrimal ductmu mmg berkerja kuat..”
“ Serius Hal....”
“ Iyalah..aku akan serius..…Maka?Apa kata hati mu?”
“ Dahulu, aku bermimpi 2 batang gigi ku patah…dan minggu kendiannya, pak sedara aku pergi..diikuti atuk sedaraku..”
“ Lantas?”
“ Siapa pula kali ini, Hal?”
“ Dee..syirik tu..percaya pada yang selain pada Allah”
“ Bukan Hal, aku tak letak percaya pada mimpi…Aku yakin segala perkara dah tercatat kukuh dalam kitabNya di Luwh Mahfudz..Cuma,mungkinkah…yang Allah menghantar signalnya pada ku…supaya bersedia mental dan emosi?”
“ Mungkin juga…sebab kau mmg mudah bersedih..dan sukar utk recover..”
“ Aku tak nafikan”
“ Aduh....Aku sekadar joke, Dee”
“ Still...Aku tetap tidak nafikan,Hal..aku akui,mmg hati aku mudah terbang,.umpama bulu ayam dibawa tiupan angin..huh..”
“ Dee…….kau nangis…?”
“ Aku takut, Hal..Ahh…aku tahu tak wajar berfikir perkara ini..tapi Hal,ayah sudah tiada..bagaimana kalau orang itu adalah ibu? Aku jauh…Aku disini, beribu batu jauh darinya”
“ Kau tahu..ayah aku sering pesan,duduk jauh-jauh ni,jangan fikir bukan2..nanti tiada kita tenang untuk berhidup …Dee,kita terpilih untuk belajar jauh di perantauan..jangan banyak berkalau-kalau, Dee…dan Dee, ayah pesan juga pada ku agar birthday nya nanti, jgn hantar kad atau hadiah padanya, lambat sampai katanya…hantar yang cepat- cepat saja “
“ Apa yang cepat? “
“ Doa, wahai sahabat…sepantas kelajuan cahaya..itu yang kita wajar lakukan sekarang..kita doa Dee..moga mimpi hanya mimpi..”
“ Iya, Hal…..betullah..lagi pulak, tak wajar aku takuti perkara ini..semua orang akan pergi…Ajal sudah dijanjikan..masa saja belum pasti..”
“ Iya…Kalau benar, maka kau telah bersedia menerima..kalau tak benar, kau bolehlah bergembira….tabah ya, sahabat?“ Iya..insyaAllah..hey, aku out sekejap..lapar..kedapur dulu ya..aku appear offline ni..”
“ iyalah……………….Dee..?”
“ Iya?”
“ Jangan menangis sahabat…”
“ Kau mmg kenal aku……tak…..kali ini,aku lebih lapar dari sedih..perut berkeroncong minta diisi.”
“ Aku lebih suka melihat kau gemuk dari kau bersedih..”
“ Iyalah tu!....nantinya, kau juga yang memerli”
“ Tidak (",)…..itu gurauan saja…..nanti kau jua yang rindu gurauan aku”
“ Hihi..sudah Hal..aku undur dulu…berkeroncong nii”
“ Iya..makan2, jgn lupa basmallah…nanti yang kenyang nya bukan kau..”
“ Iya, pakcik oi....~ sahabat itu mendengar.. dan rela berpimpin tangan dgnmu dalam susah dan senang~*****
“ Hey Hal..aku baru telefon Ibu..Dia sehat ..Salam sayang dikirim buatmu..”
“ Iya? Wah..Aku belum melutut meminta, tapi ibumu sudah beri signal untukku jadi menantu??..”
“ Hey Hal!.Perkara itu jgn dibuat gurauan tau..”
“ Iya..maaf…Kita hanya sahabat..Itu aku tahu, Dee”
“ Let’s not spoil what we have now, yer Hal”
“ Okeh…aku ngerti prinsipmu, Dee…- takkan melangkah jika tak nampak jalannya-…..tapi kalau aku benar datang meminang, kau kan terima?”
“ Humm..perlu aku jawab, ya?...istikharah dulu, Hal..Sekarang pun aku tak bisa bicara..Setiap perkataan kan diuji,kan Hal?..Lagi pula, kita jauh…..6 tahun lagi, baru kita bisa bicara ek? Bidang doctor ni, susah Hal..”
“ Iya Dee..aku ngerti…Usah risau..sahabat saja ek? Ahh…..Baru tadi ada gadis Turki minta aku tutor kan dia Mathematics..cantik Dee…Sikit2 aku akan cucuk jarumnya..Untung2, Puan Habsah dapar bermenantukan gadis Turki yang solehah..”
“ Aduh Hal, melenting lah Puan Habsah , ibumu nanti…”
“ Hihi..tidak,..aku gurau saja..”
“ Sering bercanda kau ini…”~ hati bertaut,cinta berputik, tapi saling membutakan mata, enggan mengaku dan melangkah... satu kebiasaan dalam hal cinta..~*****
“ Dee,kau tiada henti telefon orang di Malaysia ya..sampai ibuku cemburu dgn ibumu..”
“ Hihi..kau perlu lebih kerap bertanya khabar ibumu Hal..dia kerinduan tu..Cuma enggan mengaku..Hurm..Hal,elok juga mimpi tu datang..aku lebih kerap mengingati ibu dan adik beradikku..”
“ iya,..benar..elok..”*****
“ Dee, aku telefon kau ya?“ Iya..sekejap..pasang headphone..”
“ Dee..bicara Dee..jgn henti..aku ingin mendengar..”
“ Aduh Hal? Ok tak ni? “
“ Bicara saja, Dee…”
“ Ahh..humm.baik.. err....hari ini aku seharian di library..Best, kerana sudah difurnish dgn buku2 baru..Hey, yang membanggakan , VCD Puteri Gunung Ledang sudah 10 diletak didalam bilik media..dan setiap satu pun laris dipinjam student luar Negara ..Ada lah yang datang dan bertanya itu ini tentang ceritanya, lagendanya, pelakonnya..Hahha..Bangga,Hal..Tapi lebih bangga, kerana CD lagu raihan mmg sudah menjadi senarai reservation tertinggi..hih..Siapa kate nasyid itu boring??hihi……………………..hey Hal..tidur?“
"tidak..”
“ lantas?”
“ Bacakan aku satu surah,Dee…bacakan aku surah al-Rahman, Dee..baca dgn lagu yang ringkas tapi indah..please..aku tahu kau jaga aurat suaramu..tapi aku ingin dgn bacaanmu, bukan suaramu..”
“...sebentar Hal..”
“….”“ Bismillahirrahmanirrahim..Ar-Rahman,..Allamal Quran……Khalaqal insan…………”
“ Sadaqallahul azim……Hal? Dah berakhir bacaanku, Hal….Hal…Hal!…hey..tertidur di telefon ya..aku matikan fone nya ya?...Aku matikan ni…..Hal??? Hal…???*****
Surat untuk Dee..(sekiranya kau benar menjadi isteriku)Dee..terima kasih kerana menjadi sahabatku dulu..dan memilih aku sebagai suamimu..Ahh aku tahu, kedengaran gila pastinya melihatkan aku mencoret bingkisan untuk isteri terlalu awal..sebelum terlafaz akad lagi..tapi aku tak dapat menahan apa yang kurasa di dada ini..lantas, pantas pena ini berlari..Hey, Dee..aku tak bermain kata bila mana ingin meminangmu….lihat,6 tahun ya? Aku tunggu Dee..ibuku sudah tahu…pada ibumu juga aku telah minta kebenaran..hanya menunggu detik nya tiba, dan jawapan dari mu pula yang ku nantikan..Namun, jika jawapan mu ialah NO, maka aku akan berundur....Sungguh, Dee..Tidak,Dee..Tidak..jgn kau fikir aku tak pedulikan perasaanmu Dee lantaran tiada bertanya pendapatmu dahulu....Sesungguhnya, aku tak mahu bermain cinta dgnmu, dan kemudian baru meminta kebenaran ibumu...kerna aku khuatir, jika ibumu tak restu, pasti kita lebih susah untuk saling melepaskan dan pasti kita saling terluka…Tapi kini, hanya aku yang cinta..dan bila mana ibu mu beri green light, tinggal jawapan darimu yang ku tunggu..lantas, jika aku hanya bertepuk sebelah tangan, hanya aku saja yang terluka dan perlu melepaskan..6 tahun ya Dee? Aku akan tunggu..Cuma..Ah…wajarkan aku beritahu? Hum..Cuma..sejak kebelakangan ini, aku rasakan..yang aku takkan sempat untuk memimpin tanganmu secara halal..takkan sempat mengucap kata cinta dalam nada seorang suami kepada isterinya....tak pernah aku utarakan padamu rasa gundah ini, takut jadi persendaan pula..lagi pula, ini sekadar perasaan..nanti, dituduh kau aku ini emosi (“,)..Ahh,,,lupakan saja gundah itu,ya? Live at the present..itu yang penting kan?..masih berbaki 4 tahun lagi..tunggu ya Dee…*****
“ sabarlah Diyah…Kita sama-samalah Doakan lah Hal ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh..”*****
Aku berbisik pada angin malam Hey..Sampaikan pada Hal, ya..
“Hal..Gigi patah itu..Rupa-rupanya Signal untuk dirimu..Rupa-rupanya kau yang akan pergi..Sayangnya..aku tak pernah sedia melepaskanmu..”
Aduh Hal..Hebat cintamu..Dalam pada kau menahan geloranyaKau masih menjaga perasaanku..Menghormati pendirianku Takut bermain dgn api dosa..Surah Al –Rahman Yang kualun di corong telefon Rupa-rupanya bunyi terkhir kau hayati dan dengari..Ya Allah Yang Maha Pengasih..Limpahkan rahmat buat Hal..Insan yang kusayang..Tapi tak pernah ku luah
Friday, July 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





0 ehek!:
Post a Comment