Wednesday, June 25, 2008

kata 'MAAF' sebagai lesen....

"erm...maaf, saya janji saya takkan buat lagi. awak tolong maafkan saya....saya buat macam ni pun sebab saya tak nak awak sakit hati...."

biasa sudah ku dengar ungkapan sebegitu. sehingga aku rasakan nilai maaf itu sudah tiada. sehingga aku rasakan kata maaf itu boleh dijadikan sebagai lesen untuk melakukan kesalahan lagi....apa mereka yang melakukan kesilapan itu tidak tahu, memberi kemaafan itu tidak semudah mengucapkannya? apa dia fikir maaf itu boleh menghilangkan segala kesakitan di hati? memang setiap manusia melakukan kesilapan. memang setiap insan ada hak untuk diberikan peluang dalam menjalani kehidupan. tapi...benarkah setiap maaf yang diucapkan itu ikhlas datang dari hati?

aku jadi bosan mendengar dia mengucapkan maaf. bukan mudah untuk aku memaafkan kesalahan itu. terlalu besar kesalahan itu...terlalu berat untuk aku maafkan...jika kau mudah menuturkan maaf...aku juga ingin mengata kan...'maaf...aku tidak bisa memaafkan kau'

aku bukanlah terlalu baik untuk memberi kemaafan. luka yang aku tanggung masih terlalu sakit...aku sendiri tidak boleh mengubatinya. malah maaf yang kau ucapkan tidak langsung menjadi penawar, lantas aku rasakan ianya menjadi racun yang kau berikan selama ini. terima kasih atas segalanya. mungkin benar ada hikmah disebaliknya. benar setiap apa yang kita lakukan pasti akan menerima balasan suatu hari kelak. aku bukanlah raja untuk menghukum setiap kesalahan yang telah kau lakukan. aku hanya mampu berdoa, moga kau berbahagia dengan penipuan yang kau lafazkan...moga kau tenang setelah memijak kepercayaan yang aku berikan....

mungkin satu hari nanti hati ku akan ikhlas memaafkan segalanya...tapi bukan saat ini. aku masih terluka...hati ku masih rasa terhiris...sekali kau bunuh rasa percaya ini...ianya tidak akan hidup kembali. hanya kepura puraan mengganti...

jika aku ada peluang...aku inginkan katakan kepadanya.....


"maaf, sebelum awak meminta maaf dari saya...saya minta maaf dari awak dahulu, sebab saya tak akan memaafkan awak. sebelum awak fikir untuk tidak menyakitkan hati saya...awak fikirlah sebelum awak melakukan apa2 pun....kata maaf bukan tiket untuk awak boleh melihat air mata saya mengalir lagi...maaf...sila pergi. saya tak ingin melihat awak lagi. maaf...anggaplah kita tidak pernah kenal...maaf kan saya kerana awak terpaksa meminta maaf daripada saya, walaupun awak tahu saya memaafkan awak bukan dengan hati yang ikhlas...maaf...saya bukan malaikat....maafkan saya kerana saya dah tahu siapa awak yang sebenarnya...i feel sorry for u..."

ya...satu hari nanti...awak akan baca apa yang saya luahkan di sini...satu hari nanti awak akan tahu kenapa saya jarang mengucapkan maaf....kerana saya bukan seperti awak...

semoga hidup awak dirahmati....

ah maaf...aku tersalah taip lagi....

0 ehek!: