Monday, May 13, 2013

Poligami


Salam,

Dah lama rasanya nak blog fasal benda ni..tpi terlalu sibuk dengan kerja. Ntah la aku rasa sampai bila pun keja ni xkan habis. Makin hari makin banyak dan bertambah banyak. Mmg tak terkejar rasanya. Sampai satu tahap aku rasa bosan dah nak kejar2 tiket yg x penah surut. 

Oke..di ofis aku ada kenal seseorang. Oke dia dari department lain. Aku senang bbual dengan dia..dalam skype sahaja. Kami di ofis hanya berinteraksi menggunakan skype manakala aku dengan client pula lebih selesa pakai whatsapp. Sbb org goverment ni akses untuk instant messanger disekat..so kami xbole la nak skype gtalk ym bagai...

Oke bebalik kepada beliau tadi...aku sebolehnya xnak la nak bjumpa2 bersua muka. Aku lagi oke kalu berbual di alam maya je. Tapi dia ni kalu bole nak carik bmacam cara nak pegi kat meja aku. Department beliau ni kat tingkat bawah...aku di tingkat atas. Dan antara department dia dan aku ni xda la urusan yang perlu nak jumpa2 sangat..skype saja pun bolee..

Dipendekkan cerita..kami berkawan dan kenal la fasal diri masing2..pasal keluarga masing2..pasal minat dan apa2 saja yang bole dikongsi. Sampai la satu ketika...dia ni bukak cerita..pasal kawen. Okeh..aku xtau nak tangkap apa motif dia bercerita. Ini fasal dia punya impian dan cita2 dalam rumah tangga dan keluarga. Katanya dia ingin sebuah keluarga yang besar. Then aku pun ckap..oh bagus lah...kemudian dia cakap..besar dalam konsep lain. Ohh...cepat je aku tangkap mksud dia. 

Keluarga besar bukan dari segi ramai anak2 sahaja. Ini impian dia oke...dia ingin berpoligami. Ini kali pertama aku jumpa seseorang yang secara berterus  terang memasang niat untuk berpoligami. Dia sendiri cakap..dia x hensem mana..tapi dia mmg ramai pminat. Oke..aku takde la kenal sangat pun kat dia..so aku tak tau la dia ni bnyk peminat or x. Tapi dari pengalaman aku kenal ngan dia..dia mmg seorang yang ada personaliti tersendiri. Jadi senang nak berkawan dengan dia...bila borak dlm skype rasa mcm aku ni senyum sampai telinga. Fikiran yang runsing dok pike fasal keja ni bila borak ngan dia jadi mcm seronok plak....ye la dok tensen keje memanjang..bila ada seseorang yang teman utk beborak..secara xlgsg bole buat ilang tensen utk sketika.

Aku jawab kat dia..kalu niat dia baik je..InshaAllah makbul impian dia tu. Aku tak pasti kenapa dia bukak topik tu dan aku pun xpasti apa kata2 yg ssuai untuk aku balas kat dia masa tu.  Atau dia nak tau apa reaksi aku fasal poligami. Pada asalnya tak terlintas perkataan poligami di minda aku ni masa dia bukak topik tu...yg terus timbul lam otak aku adalah BERMADU. Hahaha..ada ke laki bermadu? Jadi lucu plak...bila dia betulkan term bermadu tu kepada poligami.
Yg aku ingat..aku  jawab kat dia..dalam redha seorang wanita yang dimadukan...jauh dalam hati dia pasti menangis. Oke..tu aku tak tau la btol ke tak..tpi dari movie2 yg aku penah tgk bfore ni..semua yg bagi partner dorang kawen lagi satu..menangis lam ati. Allah je tau perasaan dorang kan. Pastu dia jawab kat aku...tpi kalu dorang tau apa ganjarannya di akhirat nnt...pasti xda masalah. Itu jawabnya...ntah la..aku xtau la nak komen apa. Dia pun x tanya aku apa aku buat kalu laki aku nnt nak bpoligami. 

Yang paling aku ingat..aku jawab kat dia mcm ni..xda siapa yang faham kecuali mereka yang berada dlm situasi tu. Btol ke? Ada jugak yang buat lawak..I tak kesah kalu lelaki nak berpoligami..asalkan bukan laki I. Heh...mcm2. 

Boleh aku kata pandangan aku kat dia berubah pada saat dia mengaku ttg impian dia sejak dari malam tu? Tak jugak...dia tetap ada pesona yg buat semua org jadi senang dengan dia. Dia tetap hantar sms tanya khabar...tanya dah bfast ke blom..da tdo ke..makan apa..sakit dah makan ubat ke..dah iron baju ke..eh ayat biasa tuuu..

Kata org..tak kenal maka tak cinta. Bkawan je la..jangan mengharap dan beri harapan kat org lain..nnt buruk padahnya. Hikkk...ingat batas2 sayur yang ada...jangan terlebih sudahhh...

Well..anda pula mcm mana? Apa kata anda ttg poligami?kalu mampu untuk berlaku adil..apa salahnya...di pihak perempuan pulak...payahnya untuk menerima hakikat untuk berkongsi kasih...eh mcm drama kat tv 9 tuuuu..kerana lelaki itewwww...

*Saya suka nama awak.
Suka nama je? Orgnya tak suka?
Orangnya pun suka jugak...
overrr

0 ehek!: