Wednesday, April 25, 2012

hotel kucing

salam

Selamat malam blog. entah malam ni terasa nak merayap2 dalam blog ni. biar masa yang ada sepatutnya dihabiskan dengan menyiapkan segala artikel yang masih belum siap. ah...bila malam masa terlalu singkat..tapi hari ni aku patut puji diri sendiri..sbb hari ni bekerja keras di ofis mencari bahan utk artikel. penat perah otak buat artikel tak sama penat belari 400meter pusing taman.

esok last masuk ofis. lusa dah terbang balik ke kampung halaman. bila last aku balik eh..raya? lamanya tak balik...rindu banyak org dan banyak benda n tempat. ah rindu mcm2 lah. kali ni balik berteman. harap2 bnyk tempt dan aktiviti sempat buat dlm masa 5 hari nanti...

tadi luangkan masa lebih 2 jam google cari tempat nak tinggalkan si louie. memandangkan 5 hari aku takde kat umah, so takde sapa la nak jaga dia. teman2 seofis yg dulunya semua mengaku nak jadi mak angkat louie semuanya tak sanggup nak tlg jaga dia..oh tedah. takpe...tak payah la nak susahkan org yg tak sudi dan abu2. so aku jumpa la dua tiga cat boarding @ hotel kucing yg sesuai. ada satu tu kat puchong, zul & azizi boarding pets..rm8 je sehari with food provided..tapi jauh sangat la pulak. antara semua tempat, kat situ je yg murah...yg dekat2 ngan umah aku semuanya mahal. ada yg sehari cecah rm50++. perghh..memang mahal oke??? 

so dah amik keputusan nak hantar louie pegi cat boarding kat taman permata (Permata Pet House) dekat je ngan area rumah aku ni. pakej dia rm10/day without food lah. kakak tu pun baik je. siap ckap nak bawak louie balik umah. umur louie pun baru nak masuk 2 bulan. blum bole nak vaksin lagi. plus, louie tak reti nak minum susu dalam bekas...dia memuting lagi. ada pet boarding yg tamo terima kucing yg umur kecik tanpa ibu..susah nak jaga. so harap2 louie sihat and suka kat situ...kadang2 ada jenis org yg fikir bisnes ni, kalu nampak kucing biasa and bukan kucing baka mahal or elok..dorang layan ala2 kadar je..tapi bagi aku..smua kucing pun kena layan elok2..makhluk Allah jugak..walaupun dia kucing jalanan. oh tedah louie.

jam dah cecah jam 11 malam. skang ni kena tdur awal. spaya bgn pagi esok segar dan rajin bekerja kat ofis. menjadi lebih produktif dan proaktif lah. semenjak ada louie, rutin harian agak berubah sedikit. lagaknya sekarang mmg seperti menjaga seorang bayi. cuma bezanya dia seekor bayi kucing. hehe..oh kisah sejarah louie tak cerita lagi. maybe next time lah. 

oh camera diselari 450d saya sebijik dah jual. so tinggal sebijik diselari dan sebijik compact canon pengganti diselari yg telah dijual. terima kasih kepada pembeli yg hatinya tanpa bebelah bahagi ketika membeli diselari itu. sekarang harga diselari second hand pun sgt murah. apatah lagi yg first hand. mcm2 jenis diselari ada.
gambar ihsan google 

oke. inilah pengganti diselari 450d. dah lama sebenanya nak beli yg cmpact. agak tak berapa nak larat mengangkut diselari yg berat kesana kemari sekadar utk suka2. so tinggal la diselari yg lagi satu tu berkubang dalam beg. kasihan. one day kt outing ya....insyaAllah..dengan adanya camera yg compact ini, aku lebih rajin snap sana sini. masalah cuma nak upload. oh..snap gambar org len sahaja lebih banyak...dan louie.

oke, merepek yg agak pjg..louie dah bgn..so masa utk bancuhkan susu utk beliau...pastu tdo ye louie..mami ngantukkkk!

nite love~
 


0 ehek!: