apa yang kami lihat? kami yang pernah bekerja di belakang tabir utk sesebuah produksi membuat drama..filem mahupun dokumentari dan telemovie. mula melangkah dalam bidang penyiaran…pandangan kami terhadap sesuatu cerita di kaca tv mulai berubah. dulu kami boleh beremosi menonton kisah sedih…berasa takut melihat filem seram…merasai cinta dalam drama berkasih sayang…bila berkumpul sambil menonton tv bersama teman2 sekuliah…bukan lagi emosi yg menjadi bualan..bukan lagi faktor seram atau tidak sesebuah cerita itu…namun masing2 melihat hebatnya pencahayaan, kreatifnya cinematografi, menariknya shot…malah kesinambungan setiap shot & transition yang digunakan. bagaimana lagak d.o.p (director of photography) nya…kelibat bayang2…kelibat boom mic…semuanya diperinci. pada ketika itu, kami kurang menghayati jalan cerita…itu point of view kami yang pernah btugas di belakang tabir….
perlahan lahan..kami belajar menghasilkan idea..menghasilkan cerita sendiri…drama dan telemovie sendiri. kami tidak diajar untuk menghentam hasil kerja org lain…malah dididik utk menghargai karya org lain dan mencari nilai sebenar dalam sesebuah karya itu. tiada karya yang kosong…pasti ada isinya…kami belajar utk melihat isinya…kami beri pendapat, kami beri pandangan, ada juga kritikan…tapi tiada paksaan utk terima isi akal kami…apa yang kami lihat? apa yang kami belajar? apa yang kami buat? ketika itu semua peringkat belajar. kami berdebat…tiada yg salah..itu pandangan masing2..malah membuka minda utk sesuatu yg tidak pernah terfikir di akal sebelum ini. pandangan dan minat kami berbeza, namun kami berjaya menghasilkan karya asli tersendiri. apa yang kami lihat? dulu kami hanya menonton tv…di sini, kami mampu hasilkan sesuatu utk dipaparkan di kaca tv…hasilnya? kepuasan yang tidak terhingga…tak perlu pampang wajah di kaca tv..cukup melihat nama di ending kredit…hikk!! itu kepuasan bagi kami. org ramai nak komen apa…komen lah. kami tak larang n tak halang…kan sekarang ni semua org pun berhak bsuara…kadang telebih pun ada!
oh terima kasih tenaga pengajar di kolej dulu. yg memang tak kenal penat lelah mendidik kami. membuka minda kami utk sesuatu yg lebih luas…melihat ke hadapan. tanpa mereka, kami bukan siapa2…mungkin agak kosong di dada. jasa kalian kami junjung, harapan kalian kami dukung …kami kenang sampai bila2…terima kasih kerana memberi kaca mata bermakna buat kami anak didik kalian…





4 ehek!:
nang ktk org sekeluarga berjiwa seni.....bagus hooo..pandangan dri sudut berbeza..at least ada juak org yg melihat drama dri segenap sudut..n bagi perincian
Sik dpt mrnghayati drama sedih la tok...
aku sedih nangga cita real steel..menghayati la ya nak
okay juak ya..
aku sekali jak nanges tggr ceta ya...
hebat nak...
hahahahahhahaa
Post a Comment