Salam
hai blog. Hari ini dah hari ke sembilan kita berpuasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah masih dikurniakan kudrat utk melalui dan melaksanakan yg sudah dan akan dgn sebaiknya..insyaAllah..
tahun ni tak sama mcam tahun lepas. kalu taun lepas aku cuma rajin bgun sahur pada awal2 puasa je. mmg bgn…tapi bila dah last2 tu..aku bgn n makan oat & milo jer. sekarang ni agak rajin la memasak n makan sedikit nasik untuk sahur. rasanya kalu tak sahur memang hari2 aku agak tak bertenaga. cepat penat & pening..hokhokh..muda lagi kottt! harap2 la kerajinan tu berterusan hingga ke akhir bulan ni…
ramai kawan2 kat sini yg gemar makan tengah malam..katanya sahur awal..sbb malas nak bgn awal pagi. bagi aku tu bukan sahur..tu supper. heh…lagipun, bersahur ni ada hikmah dia..paling kurang pun, bangun n minum seteguk air dan makan kurma..kalu ada la…sbb aku tgk tak semua org suka makan kurma ni…
Nabi saw bersabda;
“Bersahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkan, walau seorang di antaramu hanya meneguk air. Kerana Allah dan para malaikatNya akan mengucapkan selawat kepada orang-orang yang bersahur” (Hadis Riwayat Ahmad)
okeh..lagipun kalu dah sahur tgh malam tu…kang liat la pulak nak bgun n solat subuh..ya nak?? ehek…renungkan lah yerrr…
semalam ada member ni ajak berbuka puasa sama2 lah..ajak kawan2 ramai2 lah…aku on je la..lagipun hari sabtu…tetiba si member ni ckp dia tamo ajak si fulan ni. katanya si fulan ni dah banyak berubah. nanti kena ceramah ngan si fulan tu.. bagi aku…perubahan si fulan ni ke arah kebaikan. dari dulunya salu miss puasa, solat tak solat…skang perubahan yg amat drastik telah berlaku kepada beliau. menyampaikan dakwah melalui fb lah. bukan tak senang dengan perubahan tersebut…cuma terkadang tu, cara beliau menegur tu terlalu sinis..hingga mengaibkan..rasa tercalar maruah org2 yg ditegur…jadi salah sorang yg telah ditegur itu adalah member ini. kalu dalam fb ni semua orang pun bleh baca…aku tau hal ni pun sbb terbaca conversation mereka dalam fb lahh…
bagi aku…nak menegur tu boleh..sapa lagi yg nak menegur kawan2 supaya menjadi lebih baik kalu bukan kawan2 sendiri. Itu juga salah satu peranan seorang kawan. cuma biarlah cara tu betul…ilmu yang kita ada bukan untuk bermegah. Tapi kadang2 aku tgk org skang ni pun tak boleh nak tgk seseorang tu berubah ke arah yg lebih baik. ada je cakap2 benda negatif..
”eh, macam bagus la kau ni..dulu perangai ko pun sama macam aku”
“ko tak payah la nak ceramah kat aku…ko ingat aku tak tau ke?”
“ni baru tgk ceramah dalam utube ko dah belagak pandai…macam bgus lah”
oke..tu contoh lah…ramai yg akan bagi alasan macam2 kalu di ajak berubah..tak dpt hidayah lagi la..muda lagi la..enjoy la dulu…bila ditegur daripada melakukan sesuatu yg ditegah..pelbagai alasan. sekarang manusia makin pandai dan bijak…jawapan yg salu diterima kalu ditegur “kubur kita asing2…ko jaga hal ko..aku jaga hal aku” alahai….
bukan kah baik kita sokong bila kawan kita berubah menjadi seorang insan yg lebih baik. kalu diri sendiri tak bleh nak berubah secara drastik or pelan2…jangan mengutuk oke? berdoalah moga hati kita pun dibukak tuk berubah menjadi baik dan beramal mcm kawan2 yg dah berubah…ilmu ni sampai bila2 pun takkan abis nak dipelajari…jadi jangan bermegah dgn apa yg kita ada skang. bila kita rasa hebat…ada lagi yg lebih hebat dari kita…
eh..mengantok da hilang…jap lagi nak p jogging2 keliling opis..hokhokhok…





2 ehek!:
hi aya... lamak kmk sik singgah ctok... :) slamat berposa... :)duhal link kat blog kmk ya dah sik sama ho... lak nuka... manyak dah sikpat pake link kat sia... ehehehe
hehehe...lmk da tuka..kmk pun lmk sik menjenguk blog2 kawan2 lain..berblog pun agak jarang..heh...blom musim rajin.haha
Post a Comment