blog
semalam aku sik melepaskan peluang bila ada orang nak mbak aku pegi mamam yong tau fu rah jusco. aku rasa aku penah la makan makanan ya..sekali masa aku masih rah kolej dolok. aku dah lupak rasanya..yang pasti bukan kegemaran aku lah. tapi oleh sebab aku nangga rami jak manusia makan..so aku mok try juaklah. oke…no komen la pasal yong tau fu ya..bole2 lah! ehek..oke then aku sempat singgah kede buku agik. bukan nak beli..saja nak belek buku..baca sinopsis. dahya aku tertarik ngan sigek buku tok. dari sinopsisnya lah..sbb dalam banyak2 buku yang aku penah baca, kebanyakannya pasal kisah mpuan jak. pasal cinta terhalang lah..pasal keluarga kaya dan miskin dan macam2 gik lah. tapi buku tok nya pasal lelaki. ehek..kisah cinta dan kisah hidup seorang lelaki. buku ya bertajuk BaraCintaCanberraoke..nama penulisnya seperti yg tertera dlm kulit muka buku ya…serba sdkit sinopsisnya :
Ikmal Hakimi, seorang bekas pelajar Malaysia yang kematian emaknya dan baru mengalami cinta terhalang. Akhirnya dia yang pernah belajar di Canberra (dan mengulang setahun) kembali semula ke Canberra. Cerita bermula apabila Ikmal Hakimi bertemu dengan Nia Suraya, bekas kekasihnya yang datang ke Canberra sabagai pegawai diplomatik yang berkursus setahun. Di sinilah bermulanya cinta musim kedua. Dalam masa yang sama, ada seorang gadis Cina, Melissa Ai Ying Keong, adik teman serumah Ikmal Hakimi yang menaruh perasaannya kepada Ikmal Hakimi. Di sinilah berlakunya konflik.
Selain itu, ada watak tambah Makcik Marwa dan Izzuddin al-Qassam yang telah merubah Ikmal Hakimi. Daripada seorang pemuda bermasalah, yang tidak ada pegangan hidup, yang ibarat lalang, kemudian menjadi seorang yang kuat agama, dan mendekati Tuhan, sesuai dengan nasihat Makcik Marwa, 'Carilah Cinta Tuhan, kamu akan bertemu cinta hamba. 'Nia Suraya yang terjebak dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa sehingga dia sendiri diculik, dan Melissa pula terus-terusan menawarkan cinta sucinya.
buku tok ada 588 muka surat. harganya aku nangga rm26 marek. p lam online rm21.50 jak.
oh mlm tek dpt sms dari ex-officemate. ehek. malu ndah nak ajak pegi kusus kayak. tapi oleh sbb aku ada kusus lain ari sabtu lak…tpaksa la aku tolak. oh dah beberapa kali juak la aku tolak tawaran nya nak mbak outing dan beraktiviti sama2..lom ada jereki gik kali. ehek! myb next time la oh…oke lah. selamat hari Jumaat..moga hari2 kita lekak tok dirahmati Allah, insyaAllah~. sik lamak gik posa..dah staun dah eh..ehek! banyak2 lah beramal eh kita tok…
sekian





2 ehek!:
aku bukan lah peminat novel tadi mun ada novel yang mengasyikkan surely akan tangkap lentok nya..ehe ~
Lamak mek sik baca novel kedak tok koh.. kotan mek nektok gik suk baca komik anime jak2 ehek..
Post a Comment