salam..
hari ni berlalu macam biasa. tiada yang special. mungkin ada satu dua perkara yang membuatkan aku tersenyum. ada satu dua kata-kata yang buatkan aku ceria. tq. cuma aku sedikit terkilan. ada perkara yang perlu aku selesaikan dan sempurnakan, namun tidak kesampaian. erm. kekecewaan jelas terasa. hingga saat ini..aku rasa belum bersedia untuk bercuti. sebelom ni tak sabar nak cuti. tapi skang rasa cam byk benda nak kena setel dulu. malangnya..aku tak boleh nak buat apa2. so pasrah...
aku sempat bersalaman dengan teman sepejabat. memohon kemaafan. jika ada yg tersalah kata. tersalah gurau. tersalah makan n minum, tersalah sangka. dan aku beranikan diri menegur editor yang aku anggap sebagai seorang yang berhati kering dan tak ada perasaan. aku ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. erm..walapun zahir cam takde nak mintak maaf, tapi sebab nak melengkapkan ucapan..aku ucap jelah! dia angguk dan mengiya kan..sempat bertanya, 'awak balik sarawak ye?' aku menjawab, ' ye en.hamtaro...esok saya dah start cuti, saya balik dulu ya'. dia angguk dan terus menjawab 'ya'. itu aja...kemudian aku scan jari dan blah!
aku pergi bazaar. mula plan mau masak aja di rumah. tapi sakit kepala plak. so, beli lah apa yg terasa nak beli. aku beli kebab n air asamboi. hek..dan karipap 5 biji. then blah...sampai rumah. jam baru menunjukkan 5.50pm. erm..lama lagi. so aku on pc, check apa2 yg patut. ntah sedar2 aku dalam bilik. sedar dari lena bila terdengar sayup2 azan bkumandang. isk..boleh tertdo plak! hp di tangan ku tinggalkan. baca doa. makan...solat..sambung mkn...kemudian teringat nak check hp. erm..ada msg dari seseorang. selamat bersungkey! ok!
sedikit aktiviti mempacking barang belum ku sentuh. ntah. bukan malas. bukan malas. cuma belum ada mood. hek! bunyi mercun kebammmm kebabooommmmm! urghh..sakit jantong!
kejap layan perasaan. dah lama aku tak rasa free mcm ni. cuma otak agak bserabut skit. byk yang berlegar2 dalam otak. harap lepas ni ok. babe...sleeping beauty! ehek!
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI tuk semua~ ucapan tak rasmi lagi kot..erm..
Wednesday, September 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





2 ehek!:
oo.. patut la korok madah ctok cta bulak.. hahaha.. hehehe.. anyway.. org baie lamak da nunggu kepulangan anak jati baie.. balit gik.. lemang dak umai tgh molah tok..
ah? anak jati baie aa..hek! aok lah..cita bulak jak ctok nengg..huahuaha
Post a Comment