Kedatangan ku ke ofis mungkin tidak bererti apa-apa kerana masih tiada yang perlu aku kerjakan dengan segera. Tapi mungkin lebih baik aku keluar dari rumah yang kadang kala terlalu menyesakkan kepala. Semalam aku terbaca satu fakta yang menyatakan seseorang itu tidak perlu mempunyai masa luang yang terlalu banyak. Sebabnya? Kelapangan masa yang terlalu banyak akan menyebabkan kita terlalu banyak berfikir. Berkhayal dan membayangkan sesuatu yang bukan-bukan. Ya, aku merasakan ada kebenaran di sebalik semua itu. tanpa aku sedari aku telah menghukum seorang insan yang sangat memerlukan ruang pada ketika ini. Seorang insan yang memerlukan waktu untuk memperbaiki kesilapan dan mencari kembali nilai kepercayaan yang telah hilang. Kemaafan itu bagi aku sesuatu yang sangat sukar untuk aku hulurkan. Tidak semudah itu…aku juga bukan mudah untuk mengucapkan maaf. Ego? Sifat yang ada dalam diri setiap manusia, termasuk aku. Egolah seseorang itu jika dia tidak mengaku bahawa dia mempunyai keegoan dalam dirinya….
Mungkin aku dilahirkan dengan sedikit nilai untuk memaafkan orang. Satu sikap yang aku rasakan buruk dan perlu aku kikis. Tapi hati ini terlalu keras. Bila sekali aku terguris, aku sendiri tidak tahu bila lukanya akan sembuh. Sakit kah aku kerana sifatku ini? Bukan niat aku untuk membenci sesiapa, tapi kenapa perlu sakit menyakiti? Kenapa perlu aku yang akhirnya terpaksa mengalah? Kenapa begini boleh banyaknya persoalan sebelum memaafkan seseorang? Benci itu satu perasaan yang benar-benar menyakitkan. Aku tak minta perasaan itu hadir. Hati manusia bisa suka, sayang, benci, kasih, sesal dan pelbagai lagi….terlalu banyak perasaan yang kita ada…kenapa perlu banyak rasa benci? Kenapa perlu banyak rasa sesal?
Hati aku, aku punya pasal lah nak benci sesiapa pun, suka hati aku lah nak buat apa pun? orang lain apa peduli? Benar bukan? Tidak kita sedari semua itu hanya mementingkan diri sendiri….bagaimana dengan hati orang lain? Jika hari ini engkau sakiti hati insan lain, engkau akan berkata begitu…tapi jika hari esoknya hati engkau disakiti….apa kata mu? Kenapa dia buat aku macam ni? Kenapa nasib aku begini? Sampainya hati dia buat macam ni….itulah yang akan terjadi jika hati sudah ‘sampai’. Alahai….hidup ni terlalu banyak dugaan. Orang kata, jangan terlalu pentingkan diri sendiri, seorang lagi berkata…jangan mengalah dengan orang lain…utamakan diri sendiri sebelum utamakan orang lain, yang lain pula berkata, kau peduli apa dengan orang lain? pergi mampus lah….bukan dia orang yang kasi kau makan??? Kan kan??
Ingatlah, kita hidup di dunia ini bukan seorang. Setiap insan di sekeliling kita punyai hati dan perasaan. Seorang teman aku pernah berkata….semua manusia baik. Ya…semua manusia, Allah kurniakan hati yang baik. Itu aku percaya…tak banyak, pasti ada nilai kebaikan dalam diri seseorang itu….ya, termasuk aku….aku percaya aku juga boleh menjadi seorang manusia yang baik….Ya Allah, kau bukakan lah hati aku untuk memberi kemaafan kepada insan-insan yang pernah menyakiti aku…kepada insan-insan yang mungkin pernah aku sakiti….MAAFkan aku…aku juga manusia biasa, seperti kamu-kamu semua…kita tak akan lari dari melakukan kesilapan….sentiasa ingat, Allah itu MAHA ADIL…setiap perkara yang kita lakukan, pasti ada balasan…
Thursday, May 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





0 ehek!:
Post a Comment