Thursday, March 6, 2008

ini lebih baik bukan???

Lebih baik berdiri dari berlari
Lebih enak tersenyum dari menangis
Lebih selesa berdiam dari berkata yang tak punya makna
Kerana itu adalah aku……………………
Kini hidup lebih sempurna dengan memohon pada Nya…
Wahai Tuhan ku yang maha pengasih,
Berilah kiranya hidayah dan pertunjuk Mu.
Aku datang kepada mu biar pun dosaku sepenuh bumi ini aku lakukan.
Aku hadap muka ku ini demi kepatuhanku terhadap kebesaran dan keagungan Mu.
Sekiranya dia adalah yang terbaik untuk ku
Maka Engkau tunjukkanlah jalannya walaupun begini keadaannya sekarang.
Sekiranya ia tidak baik untukku, maka Engkau tunjukkanlah juga jalannya Kerana sesungguhnya aku ini hamba Mu yang benar² lemah lagi tidak berdaya.
Sedangkan Engkau Maha Agung dan Maha Pencipta.Sebagai hamba mu yang daif ini, aku sedar siapalah diri ku.

Hanya dengan petunjuk dan hidayah Mu sahaja yang akan membuat aku tidak tergoda pada sebarang keindahan dan segala yang pura² di dunia ini.
Aku sedar semuanya Cuma bersifat sementara dan akan musnah kemudiannya Selain zat Mu sahaja.
Sekiranya aku berpangkat dan berkedudukan, aku tahu dengan kehendak Mu jua ia boleh dilucutkan.

Sekiranya aku ini berharta, bila² masa sahaja Engkau boleh merampasnya semula.
Kalau pun aku ini hebat dan kuat, Engkau juga boleh sakitkan aku secara tiba².
Malah sekiranya aku ini sempurna dimata manusia, dengan kuasa Mu jua aku boleh kau Cacatkan dengan begitu mudah.
Seandainya pula aku ini kaya raya Engkau akan memberi Lagi sebanyak-banyaknya untuk terus melekakan aku sehingga terlali, lalu kemudian Engkau matikan.

Maka terpaksalah nanti aku menjawab di atas segala ujian dan kurniaan itu.
Tapi aku tetap reda diatas setiap pemberian dan ketentuan Mu terhadap diriku sebagai Hamba yang daif lagi tidak bermaya ini………
Moga ada keredaan dalam diri ini, untuk meneruskan hidup di bumi yang nyata……
Amin……………….

0 ehek!: